Pelakon Sweet Qismina sanggup menerima tawaran untuk menjayakan watak kembar dalam filem Pusaka biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Menurut pelajar Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) di SEGi University Kota Damansara ini, dia mempunyai masa yang singkat untuk merealisasikan watak Balqis dan Qistina dalam filem Pusaka.

"Seperti pelakon lain, saya menghadiri sesi uji bakat. Alhamdulillah, saya terpilih tetapi saya mempunyai masa yang sangat singkat untuk menjayakan watak itu.

"Dalam masa kurang sebulan saya mendapat tawaran, saya harus menyiapkan diri melangkah ke lokasi penggambaran. Bayangkan, semuanya berlaku pantas. Saya menghadiri sesi uji bakat, saya mendapat tawaran dan menghadiri kelas lakonan. Kemudian, terus ke set penggambaran selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Ketika penggambaran, saya harus membahagikan masa dengan pelajaran. Sewaktu ia berlangsung, saya juga menghadiri kuliah. Saya berulang alik dari Kuala Lumpur ke Perak. Semuanya pantas berlalu. Beberapa bulan kemudian, filem ini sudah siap dan bakal ditayangkan penghujung Oktober ini," kata Sweet.

Biarpun mengharungi rutin yang sibuk, Sweet merasakan tawaran ini sebagai sesuatu yang berbaloi.

"Kenapa saya nak berlakon dalam filem ini? Kerana karakternya sangat berbeza. Saya rasa rugi jika tak menerimanya kerana ia sangat berbaloi. Saya sanggup bersusah membahagikan masa kerana saya mahu cari kelainan menerusi filem Pusaka.

"Sebelum ke lokasi penggambaran, saya diberikan masa selama dua hari untuk menghadiri kelas lakonan serta duduk semeja berbincang dengan pengarah dan penulis bagi mengkaji watak Balqis dan Qistina," katanya lagi.

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Selain Sweet, filem ini turut menampilkan pelakon seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.