Penyanyi terkenal Anuar Zain, memohon agar peminat tidak tertipu dengan kewujudan akaun Instagram (IG) palsu yang menggunakan identitinya

Makluman itu disampai Anuar menerusi sebuah entri terbaru di akaun Instagram miliknya @anuarzain70 hari ini.

Entri itu turut disertakan dengan paparan imej akaun palsu tersebut.

“Assalamualaikum buat teman-teman IG, harap kalian okay semuanya.

“Ingin beritahu bahawa akaun di atas ini adalah FAKE ACCOUNT, terima kasih semua, love you guys,” tulisnya.

Assalamu’alaikum wrt wbt buat semua teman-teman IG Harap kalian okay semuanya Ingin beritahu bahawa account diatas ini adalah FAKE ACCOUNT Terima Kasih semua Love You guys!!! ❤️❤️❤️ @anuarzainnetwork 8.10.19

A post shared by Shahrul Anuar Zain (@anuarzain70) on


Terdahulu, Anuar sebelum ini pernah berdepan dengan situasi yang sama sebelum mewujudkan akaun IGnya sendiri.