Sudah tonton filem terbaru Joker? Jika ya, pastinya filem ini telah meninggalkan impak yang besar kepada penonton.

Selain banyak mengupas isu depresi, penyakit mental, politik, kecelaruan identiti dan penderaan, pastinya penonton berpuas hati dengan lakonan Joaquin Phoenix sebagai Joker yang dilihat sungguh cemerlang.

Namun, tahukah anda filem tersebut dilaporkan telah berjaya memperoleh kutipan USD93 juta (RM389 juta) dalam tempoh minggu pertama?

Jumlah ini sekali gus, menewaskan kutipan yang diraih filem Venom pada tahun lalu iaitu sekitar USD80 juta (RM335 juta).

Tidak cukup dengan itu Joker turut disenaraikan sebagai filem kutipan tertinggi bulan Oktober ini.

Untuk kutipan seluruh dunia pula, Joker menerima USD140.5 juta (RM689 juta).

Untuk rekod, Joker mengisarkan tentang Arthur Fleck ataupun Joker bekerja sebagai seorang badut yang menceriakan orang lain dan bercita-cita menjadi ‘stand-up comedian’ (pelawak pentas).

Malangnya tiada siapa yang mengambil serius tentang dirinya sehinggalah dia menjadi indvidu dikenali sebagai Joker.

Filem ini diarah oleh Todd Philips dan dibintangi Joaquin Phoenix, Robert De Niro, Zazie Beetz, Frances Conroy dan ramai lagi.