Beberapa hari lalu, selepas pelawak Jep Sepahtu memuat naik fotonya bersama pelakon Sari Yanti di laman sosial Instagram (IG), ramai peminat mula berteka-teki tentang hubungan mereka.

Foto tersebut dimuatnaik Jep sehari selepas sambutan ulang tahun kelahiran pelakon jelita tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rata-rata pengikut Jep yang meninggalkan komen pada tersebut, merestui sekiranya pasangan ini bercinta.

Ada juga yang meneka Jep telah bertemu bidadari hidupnya menerusi kapsyen yang ditulis Jep; “Benarlah bidadari itu wujud...Happy birthday @sariyanti...Semoga yang baik2 saja buat kamu.”

Lebih manis lagi apabila Sari Yanti turut membalas ucapan Jep itu dengan mengucapkan terima kasih di ruangan komen.

Menguatkan lagi dakwaan bahawa bibit-bibit cinta sedang berputik di antara mereka apabila Sari Yanti memuat naik videonya sedang memanah pada 30 Oktober lepas dan kapsyennya berbunyi; Agak agak hati siapa la yang kakak panah tu? Jaga-jaga sebab kalau kakak panah hati awak kakak simpan baik baik dalam hati kakak... nanti kakak tak pulang balik dah..ahahahahhahaha....Selamat petang :) - minum apa tu? Kakak minum teh O."

Sementara itu Jep pula telah membalas video tersebut dengan sebuah entri pada keesokan harinya (31 Oktober) ,yang menunjukkan tiga anak panah yang dilepaskan Sari Yanti telah menembusi hatinya.

Jika benar Jep dan Sari Yanti sedang bercinta, makan hatilah para jejaka dan gadis di luar sana ya!

Apa-apa pun kita doakan kebahagian mereka agar hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin.