Konsert minggu kelima GegarVaganza 3 (GV 3) yang bakal berlangsung pada Ahad ini akan menampilkan tema Hits Vaganza.

Di akhir konsert minggu keempat GV 3 menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi, hos GV 3, Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah mengumumkan gegaran Elly Mazlein terhenti di konsert tersebut.

Lagu tugasan untuk konsert kelima juga telah diberikan kepada 9 peserta GV 3.

Melihatkan kepada senarai lagu dengan tema konsert kelima, semuanya bakal menggamit kenangan lagu hits yang pernah menghuni carta lagu suatu masa dahulu.

Astro Gempak senaraikan lagu tugasan untuk minggu kelima:

Gmie Screen - Sentuhan Kecundang (Ekamatra)
Peminat rock kapak semestinya tahu dengan lagu ini. Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan aksi Gmie membawakan lagu Sentuhan Kecundang dalam rendiri tersendiri.

Ameng Spring - Tiara (Kris)
Selepas cemerlang menjelma sebagai Pak Maun di konsert keempat, vokalis kumpulan Spring ini diberi tugasan untuk menyanyikan lagu slow rock yang sememangnya menjadi makanan Ameng.

Nora - Kasih (Hetty Koes Endang)
Lagu asal nyanyian diva pop Indonesia, Hetty Koes Endang ini sememangnya menjadi lagu pilihan dalam pertandingan. Pastinya Nora akan membawakan lagu ini dalam cara tersendiri, sesuai dengan vokal lantangnya.

Intan Sarafina - Jika Kau Rasa Getarnya (Slam)
Sudah tiga kali Intan mendapat tugasan untuk menyanyikan lagu lelaki selepas lagu Penantian dan Aku Yang Tersakiti. Ramai yang tak sabar menunggu lagu Slam ini dinyanyikan semula oleh Intan!

Shidi Data - Ratuku (Awie)
Shidi yang memang sering menyanyikan lagu slow rock mendapat tugasan untuk membawakan lagu Ratuku. Lagu nyanyian asal Awie ini merupakan lagu runut bunyi bagi filem Tragedi Oktober pada tahun 1996.

Zarul Umbrella - Ku Rela Dibenci (Aiman Tino)
Lagu ini mencipta fenomena tersendiri kerana mendapat tontonan lebih 20 juta di laman YouTube. Ramai tak sabar menantikan Zarul menyanyikan lagu penyanyi yang berusia 18 tahun ini.

Zur Eda - I Will Survive (Gloria Gaynor)
Penyanyi dengan tagline Fer Fer Fer ini ditugaskan untuk merancakkan pentas dengan menyanyikan lagu I Will Survive! Pastinya ramai tak sabar menantikan penangan otai yang masih berbisa!

Azharina - Berhenti Berharap (Sheila On 7)
Lagu nyanyian Sheila On 7 ini pernah menjadi fenomena dan mengangkat nama kumpulan ini di Malaysia. Sama-sama nantikan versi tersendiri lagu Berhenti Berharap yang bakal dibawakan oleh Azharina di konsert kelima nanti.

Siti Sarah - Purnama Merindu (Datuk Siti Nurhaliza)
Siti Sarah mendapat tugasan untuk menyampaikan lagu berhantu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza yang menjadi idolanya dalam bidang nyanyian. Ramai yang menantikan kebangkitan Sarah menyanyikan lagu ini!

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Tetapi apakata sebelum siaran langsung bermula, dapatkan KFC Bargain Feast untuk dinikmati seisi keluarga!

Istimewanya KFC Bargain Feast, ianya berbaloi dan boleh dimakan di mana-mana sahaja, bila bila masa.

Nikmati kemeriahan KFC Bargain Feast bersama GV 3 di rumah atau sebelum ke auditorium pada hari Ahad, 12 November ini ya!

Teks oleh: Kamaruddin Razal