Pendakwah bebas PU Abu Sufyan berkongsi khabar gembira kepada pengikut akaun Instagramnya apabila isterinya, Hana Azraa kini sedang hamil.

Memuat naik sepotong video imbasan ultrabunyi di laman media sosialnya, PU Abu memanjatkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan.

"Moga Allah mudahkan urusan dan murahkan rezeki ku untuk memikul tanggungjawab sebagai ayah kepada dua orang anak yang bakal jadi pewaris ku.

"Mohon doa yang baik-baik ye. Apapun yang berlaku anak tetap berhak mendapat kehidupan yang baik," tulis PU Abu.

Moga Allah mudahkan urusan dan murahkan rezeki ku untuk memikul tanggungjawab sebagai ayah kepada dua orang anak yang bakal jadi pewaris ku. . Mohon doa yang baik2 ye.Apa pun yg berlaku anak tetap berhak mendapat kehidupan yang baik ???

A post shared by Pencetus Ummah Abu (@puabu.official) on



Isteri PU Abu, Hana Azraa menerusi entri terbaru di Instagram pula berjanji akan memberikan sepenuh kasih sayang untuk membesarkan zuriat yang bakal dilahirkan kelak.

"Cinta yang tiada sempadan! Sudah semestinya ibu akan memberikan kasih sayang sepenuhnya. Percaya semuanya akan baik-baik saja," tulis Hana.

Biarpun berkongsi cerita gembira kepada peminat, pendakwah sensasi itu tetap dikecam netizen dengan hebat.

Pelbagai komen sarkastik ditulis netizen yang tidak menyenangi tindakan PU Abu menayangkan kebahagiaan kepada umum.

"Tak malu ke pu*ai abu ni. Tak habis-habis tayang bahagia. Popular dengan kontroversi. Kongsi dakwah sudahlah," tulis salah seorang pengguna.

Balas PU Abu: "Saya kongsi dakwah pun awak kecam. Sama je."




"Waris apa... Waris perangai kau ke? Ish janganlah tambah lagi Abu dalam dunia ni. Semoga baby tu tak mewarisi perangai bapa dia yang munafik itu," tambah pengguna lain pula.

Di sebalik kecaman terselit jua komen-komen positif dan doa daripada peminat pasangan itu yang mahukan mereka terus menyulam bahagia.

Kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain 'Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.

PU Abu dan Hana yang berstatus janda anak seorang telah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.