Penyanyi Sufi Rashid tampil mempertahankan isterinya, Nurulain Md Yusof yang bertindak meninggalkan pelamin ketika ibu Sufi, Irma Mahamud mahu bersalaman dan berpelukan dengan anaknya.

Menerusi dua kemas kini status di laman Facebook milik penyanyi itu, Sufi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku di majlis persandingan mereka yang diadakan di Singapura.







Sebelum ini, ibu Sufi meluahkan perasaan di laman Facebook peribadi miliknya menerusi beberapa kemas kini status dan memuat naik video terbabit mengenai kejadian yang telah berlaku.









Video tersebut juga tular dan mula dikongsi serta diperkatakan oleh wargamaya.


Sufi dan Nurulain selamat bernikah pada 21 September lalu di Pulse Grande Hotel Putrajaya.