Pelakon dan anggota Running Man Song Ji Hyo mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan agensinya, MY Company.

Keputusan itu dilakukan selepas menjadi artis di bawah pengurusan syarikat tersebut sejak tahun 2016.

Berita itu disahkan oleh MY Company menerusi satu kenyataan rasmi semalam.

“Hanya setakat 30 September 2019, tugas pengurusan agensi kami untuk Song Ji Hyo telah berakhir,” ujar wakil agensi berkenaan.

Dalam perkembangan terbaru, Ji Hyo kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk filem berjudul Daughter

Terdahulu, syarikat tersebut telah ditubuhkan oleh pengurusnya yang telah bekerja bersama Ji Hyo selama 10 tahun.

Selain Ji Hyo, adik lelakinya iaitu pelakon Chun Sung Moon juga merupakan artis di bawah naugan MY Company.

Sumber: Soompi