Pelawak Atu dari kumpulan Zero atau nama sebenar, Sharid Kunal Doli Sharif, 24, akui akan sentiasa menjaga adab apabila berkunjung ke rumah tetamu.

Lebih-lebih lagi apabila mendapat jemputan daripada rakan-rakannya untuk meraikan hari perayaan.

Sikap positif Atu itu turut disokong positif oleh PU Azman menerusi program sembang online terbaru di Astro Gempak, Kopi Panas.

“Kalau kita dijemput untuk hadir ke rumah tetamu untuk meraikan perayaan mereka, amat wajar kita hadir.

"Ia bertujuaan menjaga adab dan hubungan kita sesama manusia,” kata PU Azman.

Dalam sembang online yang sama, pelakon Sasqia Dahuri dan blogger popular Nisa Kay yang dijemput menjadi tetamu undangan turut bertanyakan soalan dan mengemukakan kemusykilan mereka kepada PU Azman.

Antaranya memakai baju perayaan bangsa lain serta ucapan perayaan sesuai untuk diucapkan.

Nak tahu selanjutnya mengenai intipati perbincangan mereka ini, klik video ini di bawah:



Teks Oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir