Penyanyi Judika telah menerima beberapa kritikan daripada para peminat setelah beberapa keping gambar dia bersama wanita lain tersebar.

Menerusi sebuah muatnaik di akaun gosip pada instagram @noona_bigos, gambar Judika atau nama sebenarnya Judika Nalon Abadi Sihotan, 38, dilihat bersama dengan dua orang wanita yang berlainan.

"Pada bulan Jun lalu beberapa keping gambar dia telah tersebar dengan menunjukan seorang wanita sedang mencium pipinya pada sebuah majlis tertutup.

"Namun pada bulan Oktober lalu, beberapa lagi keping gambar Judika telah tersebar bersama seorang lagi wanita yang lain," kata sumber seperti dilaporkan WowKeren.com.

Perkara ini telah membuatkan nitizen berasa marah kepada Judika kerana dia telah mempunyai seorang isteri yang cantik.

Ada juga diantara mereka dilihat menuduh bahawa Judika telah melupakan isteri dan anak-anaknya.

"Meskipun dia telah mempunyai isteri yang cantik dan dua orang anak namun dia masih mempunyai wanita lain.

"Parah, bininya apa kurangnya tetapi masih ingin melakukan perkara seperti ini," kata nitizen menerusi ruang komen di Instagram.

Terdahulu, penyanyi Aku Yang Tersakiti ini telah berkahwin kali keduanya bersama Duma Riris dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: wowkeren.com