Menjalani corak kehidupan yang sihat pada ketika ini sudah menjadi sebuah trend dan keperluan masyarakat kini. Produk jenama tenusu Farm Fresh tampil dengan mengeluarkan pelbagai rangkaian produk yang mengandungi pelbagai khasiat serta vitamin tambahan dan yang pastinya tidak mengandungi sebarang bahan pengawet dan pewarna.

Anda tidak perlu risau, kesegaran dari ladang Farm Fresh yang dinikmati dalam segelas susu anda berada pada tahap kualiti yang terjamin. Meskipun baru 9 tahun penubuhan Farm Fresh, jenama ini sudah mampu memberi saingan sengit kepada jenama tenusu import di Malaysia.



Farm Fresh berazam untuk menghasilkan susu yang segar dan membuat keputusan yang besar dengan pembelian sebuah plot tanah di Johor dan mengimport 60 ekor lembu dari Australia selepas pemerhatiannya bahawa banyak jenama susu di Malaysia diperbuat daripada serbuk susu. Farm Fresh mula mengorak langkah membina empayar syarikat pembekal produk tenusu apabila sebuah syarikat peruncit utama memberi peluang kepadanya dan kini Farm Fresh menjadi penyumbang utama susu segar negara.

Dengan permulaan 60 ekor lembu tenusu kini ladang Farm Fresh mempunyai 3500 ekor lembu tenusu untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat setiap hari. Kini, ladang Farm Fresh diberi skala yang lebih luas dengan pembukaan ladang kedua di Muadzam Shah, Pahang selain ladang utama terletak di Mawai, Johor.

Farm Fresh juga mewujudkan peluang pekerjaan kepada 634 orang dan 540 keluarga menjadi usahawan Home Dealer dengan pendapatan RM1 ribu hingga RM3 ribu sebulan. Selain itu, Farm Fresh membantu para satelit farmer iaitu penternak lembu luar bandar dengan penternak ini menjadi antara penyumbang susu segar jenama Farm Fresh dan berjaya menambahkan pendapatan penternak.

Kesegaran setiap produk tenusu yang dihasilkan pada setiap hari berada dibawah kawalan yang ketat untuk memastikan setiap pelanggan menikmati kebaikan dari ladang yang disajikan oleh Farm Fresh.

Pekerja ladang Farm Fresh amat komited memastikan produk tenusu berada di setiap rak pasaran dalam masa 48 jam tanpa gagal. Kepuasan pelanggan merupakan matlamat utama warga kerja Farm Fresh.



Yang lebih menarik mengenai Farm Fresh ialah produk tenusu yang tular di pasaran, susu segar berperisa kurma merupakan produk terbaru keluaran Farm Fresh dan produk tenusu pertama yang menggunakan perisa kurma.

Kemudian, barulah muncul jenama-jenama tenusu yang lain mengeluarkan produk berasaskan perisa kurma. Bangga serta terharu apabila syarikat tempatan mampu membina langkah seiring jenama gah luar negara.

Farm Fresh kini memasarkan produk susu terbaik di Malaysia, produk yogurt dan minuman yogurt juga disukai oleh semua. Susu Farm Fresh digemari kerana rasanya yang kaya dengan khasiat, berkrim dan asli.




Kesemua produk dihasilkan daripada susu segar, tidak mengandungi bahan pengawet dan pewarna serta dibotolkan dengan segera, Antara produk Susu Farm Fresh adalah susu penuh krim, susu rendah lemak, susu coklat, cafe latte, yogurt asli, susu kambing nubian dan lain-lain.

Seramai 12 orang peserta Big Stage 2019 dibawa ke Muadzam untuk merasai pengalaman berada di ladang Farm Fresh.



Farm Fresh selaku penaja bersama program Big Stage 2019 yang dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad.

Dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan atau Judika telah ditugaskan untuk menilai semua peserta bersama seorang juri jemputan setiap minggu.

Rancangan ini ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!