Seorang pengguna laman sosial tampil memberi penjelasan selepas postingnya di Facebook (FB) ketika mengembara bersama keluarga menjadi tular.

Dikenali sebagai Zakuan Faiz, menjelaskan dia dan isteri memilih untuk mengembara secara ekstrim berbanding sebelum ini kerana mahu mengutip pengalaman.

Zakuan turut menolak kecaman warga net yang menuduhnya miskin tetapi tetap pergi melancong sehingga sanggup membawa bayinya yang masih kecil bersama isteri tidur ditepi jalan.

“Kami ada je duit, kad kredit pun ada, tapi isteri saya nak rasa experience macam tu, dan musim pulak musim panas, jadi tak sejuk pun.

“Saya tak cerita lagi kami merentas Balkan jalan gunung ganang ikut jalan darat. Memang kami yang nak experience. Sebab sebelum ni dah selalu sangat travel guna pakej, orang urus, selesa dan lain-lain.

“So kali ni kami pilih nak ekstrim sikit, untuk pengalaman semata-mata. Bukan sebab miskin kalau miskin tak sampailah ke 40 negara lebih.

“Semua ok je, Alhamdulillah. Dah pergi lebih 20 negara dah dengan baby trip. Allah pelihara, baby sihat, isteri sihat,” tulisnya menerusi sebuah posting pada Khamis.


Selain itu, teman-teman Zakuan turut tampil mempertahankan pengembara tersebut selain mengesahkan bayinya, Khadijah berada dalam keadaan sihat.

Sahabat itu juga turut berpesan kepada warga net supaya berhenti mengecam Zakuan dan bertaubat serta tidak menambah dosa.

Sebelum ini posting Zakuan di FB tular sehingga ada warga net yang sanggup menuduh pengembara tersebut miskin dan menzalimi anak dan isterinya, semata-mata untuk pergi melancong.