Geram dituduh tidak membayar cukai, pelakon dan ahli perniagaan popular, Rozita Che Wan bertindak memanggil seorang netizen dengan gelaran ‘bequk’ (beruk).

Komen ditinggalkan seorang lelaki yang menggunakan nama samaran ‘afifplc’ itu telah mengundang kemarahan Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta sehingga dia bertindak membalas tuduhan dilemparkan dengan agak kasar.

Komen berbaur provokasi itu juga mengundang kemarahan pengikut Che Ta di Instagram dan meminta agar pelakon tersebut bersabar dan tidak melayan mereka yang sengaja mencetuskan pertikaman lidah.

Bagaimanapun, komen-komen tersebut telah dipadam, mungkin untuk mengelakkan provokasi dan pergaduhan menjadi lebih serius namun sempat diviralkan oleh twitter Bashhh.

Terdahulu, Che Ta menegaskan beliau tidak pernah lari atau mengelak daripada membayar cukai pendapatan selepas terbabit dalam bidang perniagaan.

Malah, jumlah cukai pendapatan yang telah beliau langsaikan mencecah hampir RM1 juta ringgit sebelum ini tetapi dimaklumkan oleh pihak berkuasa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bahawa jumlah tersebut masih berkurangan daripada apa yang sepatutnya beliau jelaskan.

Isu bermula apabila portal BHonline melaporkan Che Ta tidak dapat ke London untuk menyambut ulang tahun kedua anaknya, Aaisyah Dhia Rana gara-gara disekat oleh LHDN.

Sementara itu menurutt Utusan Online, Che Ta enggan mendedahkan kerugian yang terpaksa ditanggung setelah percutiannya ke London telah disekat dan mengakui dia perlu membayar tunggakan cukai untuk ke luar negara semula.