Penyanyi Taylor Swift kini dikhabarkan sedang hamil selepas beberapa keping gambarnya yang kian berisi tersebar.

Menerusi laman gosip majalah OK telah mendedahkan sekeping gambar penyanyi sensasi ini yang menunjukkan perut penyanyi itu yang nampak buncit.

Majalah tersebut mendakwa banyak perubahan yang terjadi pada diri Taylor termasuk menjadi lebih emosional dan menjauhi alkohol.

Perkara tersebut sekaligus telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengatakan bekas kekasih Calvin Harris itu hamil.

"Taylor kini dilihat makan dua kali lebih banyak daripada kebiasaan dan dikabarkan semakin jarang ke gym.

"Ada juga yang melihat bahawa Taylor kini sering mengalami mual-mual.

"Dia lebih bersikap emosional sejak akhir-akhir ini, malah makan dua kali lebih banyak dari biasa," kata sumber.

Namun, khabar tersebut disangkal oleh pihak pengurusan Taylor dengan mengatakan laporan majalah gosip tersebut adalah tidak benar dan ianya tiada bukti yang jelas.


Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Dailymail