Pelakon Fizo Omar akui tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan isteri, Mawar Abdul Karim demi anaknya, Wan Maryam.

Menurut Fizo, walau apa pun perkara yang berlaku dalam rumah tangga mereka namun hubungannya dengan Mawar tetap baik.

“Keputusan mahkamah untuk hak penjagaan sementara dah keluar. Alhamdulillah, adalah giliran-gilirannya untuk anak bermalam dengan saya seperti waktu hujung minggu.

“Sesibuk mana pun, rindu pada anak ini lain macam sikit. Jadi bila dah jadi macam ini saya lebih hargai masa dengan anak saya.

“Saya dan Mawar masih berkawan lagi pun rumah kami dekat sahaja. Jadi jumpa, ambil anak dan kadang-kadang ada juga mesej tetai lebih kepada anak.

“Saya doakan Mawar dapat jodoh yang terbaik untuk dia,” katanya kepada HLive!

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).