Penyanyi dan pelakon Lufya Omar menafikan desas-desus netizen mengenai suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz yang didakwa meminati kaum sejenis.
Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, sebagai isteri, dia lebih mengenali suaminya dan menganggap ia fitnah semata-mata.
“Itu semua fitnah. Saya sebagai isteri lebih mengenalinya serta tahu baik buruknya dari keluarganya sendiri.
“Dia bukan seorang gay, malah dia sangat bencikan kaum gay. Allah lebih mengetahui dan jauhkanlah fitnah tanpa bukti hanya kerana melihat kepada penampilannya.
“Jika orang cakap pasal fotonya di aplikasi gay itu, bagi saya, ramai je gambar orang lain yang digunakan bagi tujuan fitnah atau suka-suka,” jelasnya kepada Gempak.
Lufya berkata demikian ketika dihubungi Gempak selepas diminta mengulas lanjut mengenai pergolakan rumah tangga yang sedang dialaminya.
Masalah rumah tangga yang mereka hadapi telah mula diketahui umum selepas Hafiz sendiri memberi kenyataan kepada media.
BACA: “Saya Tunaikan Permintaan Lufya” - Dr. Che Hafiz Mengaku Ceraikan Lufya Menerusi WhatsApp
Malah beberapa hari lalu, rumah tangga pasangan ini menjadi bualan apabila Lufya pada mulanya memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami selepas tiga bulan berkahwin.
Mengulas mengenai hubungannya terkininya dengan Hafiz, Lufya mendedahkan mereka sudah tiga bulan tidak sebumbung.
“Kami sudah tiga bulan tidak sebumbung. Malah ketika saya cuba menghubunginya beberapa hari lalu dia senyap dan tidak membalas apa-apa.
“Saya tak terima apa-apa lafaz cerai melalui WhatsApp seperti yang didakwa, jauh sekali surat dari mahkamah.
“Jika benar dia hendak bercerai saya minta dia memfailkan di mahkamah. Negara kita ada undang-undang. Saya harap dia bertindak secara bijak,” katanya lagi.
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.
Syafiqah Jalal
Wed Sep 18 2019
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.