Kemelut yang berlaku dalam rumah tangga pelakon Lufya Omar baru-baru ini semakin serius apabila suaminya Dr. Che Muhammad Hafiz mendedahkan telah melafazkan cerai menerusi aplikasi WhatsApp.

Masalah rumah tangga yang mereka hadapi sudah mula diketahui umum selepas Hafiz sendiri memberi kenyataan tersebut kepada media.

BACA: “Saya Tunaikan Permintaan Lufya” - Dr. Che Hafiz Mengaku Ceraikan Lufya Menerusi WhatsApp

Malah beberapa hari lalu, rumah tangga pasangan ini menjadi bualan apabila Lufya pada mulanya memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.

Terbaharu, Lufya menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi rakaman video ceramah serta nasihat daripada Ustazah Asni Mansor dan Heliza Helmi mengenai doa ketika ditimpa dugaan serta musibah.

Entri tersebut seolah-olah memberi bayangan seperti Lufya kini sedang ditimpa dugaan besar atas apa yang berlaku dalam rumah tangganya.

Ia bagaimanapun telah mendapat perhatian pengikutnya yang turut bersimpati dengan dirinya serta mendoakan agar Lufya kuat menghadapinya.

“Stay strong Lufya. Allah, saya pula rasa nak menangis. Saya pula rasa sedih. Lufya kuatkan hati dan semangat ya.

“Keep strong demi anak. Insya-Allah akan ada kemanisan Allah beri.

“Tabahlah, Allah tengah memperbaiki keadaan mu,” komen beberapa pengikutnya.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.