Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap dengan pendiriannya untuk tidak bertanding di pentas pertandingan nyanyian.
Meskipun lagu nyanyiannya, Anta Permana dikatakan bakal dipertandingkan untuk Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) tahun hadapan, Siti menegaskan dia masih memegang kata-katanya dahulu yang mahu berehat dari pertandingan nyanyian.
"Setakat ini, saya memang tetap dengan pendirian dan kata-kata saya untuk tidak bertanding lagi.
"Kalau ikutkan saya memang nak berehat, saya pun dah bercakap mengenai perkara ini. Buat masa ini saya belum terbuka hati untuk menyertai AJL34," ujarnya ringkas.
Siti berkata demikian di sidang media yang diadakan sejurus selepas konsert mini SimplySiti dengan kerjasama Shopee bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre malam tadi.
Pada permulaan konsert tersebut, Siti tidak dapat menahan air mata ketika menyanyikan lagu Jerat Percintaan kerana sebak terkenangkan zaman awal kemunculannya dalam industri hiburan.
"Saya tak dapat menahan air mata ketika menyanyikan lagu itu, tambahan pula ada seorang gadis memakai baju sekolah yang menjadi 'pendua' saya di atas pentas, saya terus teringat zaman remaja saya.
"Saya terbayangkan segala susah senang ketika itu, terkenangkan pengorbanan emak dan arwah abah.
"Sebab itulah ada bahagian yang saya tak lepas untuk menyanyi kerana saya memang tak boleh menyanyi kerana sedih," tuturnya lagi.
Selain Jerat Percintaan, Siti turut memukau penonton dengan lagu-lagu hit seperti Wajah Kekasih, Ku Mahu, Anta Permana dan banyak lagi.
Dalam perkembangan lain, Siti bakal tampil dalam sebuah konsert penghargaan buat Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah yang bakal diadakan 14 dan 15 November ini.
"Berdasarkan perbincangan, saya akan menjadi salah seorang artis undangan dalam konsert tersebut.
"Saya mahu menyertainya sebagai satu tanda sokongan untuk mengenang jasa Pak Ngah yang telah banyak membantu saya sejak bergelar penyanyi," tambahnya.
Asraf Aided
Sun Sep 15 2019
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.