Pengasas dan pemilik jenama kosmetik BeuTYRA, Tyra Kamaruzzaman memohon agar semua pihak berhenti menghantar foto bekas kekasihnya, anak tiri penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid kepadanya.

Menurut Tyra, Aazief berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang diingini memandangkan mereka sudah berpisah sejak beberapa bulan lalu.

"Saya fikir saya perlu menangani ini kerana ia sudah tidak terkawal.

"Saya berharap semua pihak berhenti menghantar saya gambar individu dari kehidupan masa lalu saya kerana kami telah berpisah sejak beberapa bulan yang lalu.

"Dia boleh melakukan serta bertemu dengan sesiapa sahaja yang dia mahu.

"Ia benar-benar menjengkelkan apabila saya mendapat gambar mereka setiap hari tanpa gagal," tulisnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya.

Tambah Tyra dia berharap semua orang terutamanya golongan 'mak cik bawang' akan menghormati kehidupan peribadinya serta Aazief.

"Saya menjalani kehidupan saya dengan sangat gembira dan berpuas hati dengan keadaan saya sekarang ini.

"Jadi saya tidak perlu orang lain datang dan beritahu saya apa yang mereka lihat dengan menghantar gambar.

"Hormati ruang peribadi dia dan saya. Terima kasih," tulisnya lagi.



Foto Aazief dan personaliti media sosial, Sharifah Rose berdua-duaan mulai tular menerusi perkongsian di laman sosial Twitter hingga ada yang mengaitkan Rose dengan kisah putus cinta Aazief dan Tyra.

BACA: "Saya Bukan Punca Aazief & Tyra Berpisah" - Sharifah Rose

Terdahulu, kisah cinta Aazief dan Tyra berakhir sejak empat bulan lalu.

BACA: Putus Cinta Dengan Tyra Kamaruzzaman, Aazief Khalid 'Spill The Tea'... Rupa-Rupanya....

Rose pula sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Ismail Izzani.