Peminat Fasha Sandha mendoakan kebahagian pelakon pujaan mereka itu supaya cepat bertemu jodoh.

Menerusi sebuah entri di akaun Instagram milknya, Fasha berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada chef lego kerana menjadi ayah didalam gambar dia bersama anak-anak.

"Terima kasih lego Chef, tolong jadi daddy dalam family photo ini," kata Fasha seperti dimuatnaik di Instagram.

Fasha ketika itu sedang bercuti bersama keluarganya di LEGOLAND Malaysia Resort.

Muatnaik gambar tersebut telah mendapat perhatian peminat apabila kebanyakan mereka mendoakan supaya Fasha cepat menjumpai ayah baharu kepada anak-anaknya.

Mereka juga dilihat memberi kata-kata semangat kepada Fasha dan berharap agar dia cepat ditemukan jodoh dengan segera.

Bercerita mengenai LEGOLAND®, mereka telah tampil NINJAGO™ The Ride dengan daya tarikan baharu iaitu menampilkan sensor teknologi tinggi yang membolehkan pengunjung melontar api, ais, petir dan gelombang renjatan dengan gerak isyarat tangan.

Dibina dengan pelaburan lebih RM40 juta, NINJAGO™ The Ride dinikmati dalam 3D dan membawakan kesan seperti haba, asap dan angin sepanjang pengembaraan ini, memberikan pengalaman 4D paling unggul.

Para pengunjung boleh memainkan watak kegemaran mereka dan menewaskan musuh seperti gerombolan ular, hantu, jerangkung dan ular raksasa yang bernama The Great Devourer di bawah tunjuk ajar Master Wu.

Teknologi gerak isyarat tangan unik yang dipelopori Triotech mencetus pengalaman yang membolehkan pemain melemparkan peluru maya dengan menggunakan tangan.

Selepas Billund, Denmark dan California, LEGO® NINJAGO: The Ride yang akan dibuka pada 4 November ini bakal menjadi tarikan terbaharu di taman tema Legoland, Johor, khasnya kepada peminat siri televisyen popular Ninjago.

Terima kasih lego Chef , tolong jadi daddy dalam family photo ni ??

A photo posted by Fasha Sandha (@fashasandha) on

My happy moments?

A photo posted by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Sumpah, awesome sangat ninjago the ride ni! Thank You Legoland Malaysia for the special invitation to enjoy Ninjago the ride sebelum this ride dibuka for public. Major Love! LEGOLAND JOHOR MALAYSIA IS THE BEST! ?

A photo posted by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Cepatnya anak ibu besar ....

A photo posted by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi