Status terkini hubungan pendakwah bebas PU Abu Sufyan dan isterinya, Hana Azraa menjadi tanda tanya menerusi kemaskini bio Instagramnya baru-baru ini.

Tulis Hana pada keterangan bio Instagramnya, dia kini berstatus 'Single Mommy' (ibu tunggal) selain turut meletakkan sekeping foto tidak berpurdah lagi.

Baik PU Abu mahupun Hana, kedua-duanya juga didapati sudah tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Malah, menerusi kemas kini terbaharu Instastories Hana, usahawan kosmetik itu juga seolah-olah memberikan bayangan keadaannya terkini.

"Kerana tidak ada situasi yang akan bertahan selamanya. Semua akan datang silih berganti sesuai dengan masanya.

"Setiap keadaan yang kita alami saat ini tidak akan sia-sia. Kerana jika kita mengerti pada setiap peristiwa kita akan dapat menemukan hikmah di dalamnya.

"Kerana itu tetaplah percaya dengan yang Maha Baik. Kerana sungguh Allah tak akan pernah mengsia-siakan hamba-Nya.

"Maka teruskanlah sehingga kita bertemu dengan hikmah serta kebaikannya," tulis Hana.



Terdahulu, Hana pernah mendedahkan hubungannya dan PU Abu sudah ibarat telur di hujung tanduk dan dalam proses bercerai.

Namun, perkara itu dinafikan Abu dan menjelaskan hubungan mereka masih sebagai suami isteri.

PU Abu dan Hana yang berstatus janda anak seorang telah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.

Kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain 'Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.

PU Abu bernikah dengan Ain pada 31 Ogos 2018 namun menceraikan isterinya yang sedang hamil itu pada 13 Mac menerusi aplikasi WhatsApp.

Konflik mereka selesai apabila jatuhnya talak kedua pada 16 Mei lalu.

PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun 2019.