Pelakon Ruhainies menerima kecaman pengguna media sosial selepas berkongsi apa yang sanggup dilakukan oleh teman lelakinya.

Menerusi laman sosial Twitter, Ruhainies menceritakan kesanggupan teman lelakinya membawa sepinggan nasi kandar ke dalam kereta selepas dirinya enggan makan di dalam kedai.

"Im hungry but taknak makan kat kedai sebab I selekeh.

"Last-last dia order nasi kandaq bawak pinggan masuk kereta and suap I makan hahaha.

"Omg he can be so funny sometimes. How can I not love this guy," tulisnya.Rentetan dari tweet tersebut, Ruhainies mula menerima kecaman netizen yang menganggap tindakan pelakon itu sangat mengada serta sesuatu yang tidak wajar.Walau bagaimanapun Ruhainies tidak berdiam malah membalas balik komen tersebut.

"Ramainya bitter. Sakit hati sangat ke tu.

"1. Bersihkan hati anda dan chill.

"2. Lelaki yang bitter hampa layan girlfriend atau wife hampa macam mana? Curiousnya.

3. Perempuan yang bitter tu, asalkan I tak makan dengan boyfriend you. Lol.

4. I tak makan di dalam kereta awak. Lol.

5. Tak pernah buat crazy things dengan pasangan masing-masing ke?"Ruhainies mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2014 dan lebih dikenali selepas kemunculannya dalam drama Hello, Mr. Perfect! memegang watak sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain.