Selepas ditahan polis atas kesalahan dadah pada Ahad malam, vokalis Exists, Mamat dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar pukul 4.30 petang Selasa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim yang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, keadaan Mamat sangat baik dan dia begitu tenang sebaik dibebaskan.
Shirazdeen berada di Johor Bahru untuk membawa Mamat ke Kuala Lumpur bagi memberi tumpuan pada latihan dan persiapan konsert Exists Reunion pada 28 September ini.
"Alhamdulillah, keadaan Mamat okey. Saya belum sempat berbual panjang dengan dia. Kami akan berangkat ke Kuala Lumpur petang ini (semalam) juga," kata Shirazdeen.
Pada Ahad malam, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamaruddin ditahan oleh polis di Taman Perling, Johor.
Penahanan Mamat, 41, itu difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.
Sementara itu, Shirazdeen juga berkata, selaku penganjur konsert reunion, Shiraz Projects sedang merancang untuk mengundang wartawan dalam sidang media bersama Mamat.
"Kami ada rancangan untuk buat sidang media untuk menjelaskan situasi sebenar selain memaklumkan mengenai perkembangan konsert Exists Reunion," kata Shirazdeen lagi.
Berita baik ini juga dikongsi oleh Shiraz bersama anggota-anggota Exists Reunion yang lain.
" Tiada yang terbaik untuk kami lafazkan selain mengucap syukur ke hadrat Allah SWT.
Terima kasih kepada pihak penganjur Shiraz Projects yang sangat peka dan prihatin.
“Ini menunjukkan pihak penganjur konsert kami menjalankan tanggungjawab yang lebih dari komitmen sebenarnya. Perkara sebegini harus dicontohi oleh yang lain,” ujar anggota Exists Reunion
Pihak Shiraz Projects juga berterima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus bertanya khabar dan prihatin dengan situasi yang melanda.
"Kami amat menghargai sokongan yang anda berikan dan Shiraz Projects akan sentiasa berkongsi perkembangan mutakhir mengenai konsert Exists Reunion dari semasa ke semasa,” tambah Shiraz.
Fiza Kamarudin
Wed Sep 11 2019
Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”
Tuan badan punya wedding dah jawab.
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya
Faisal Halim Kritikal, Tangan Kiri Sukar Bergerak
Doakan Faisal cepat sembuh
Shila Amzah Berharap Dapat Bersalin Secara Normal - “Ini Merupakan Yang Paling Lama Saya Mengandung…”
Semoga dipermudah.
Caprice & Isteri Berhenti Kongsi Mengenai Anak Di Laman Sosial - “Maaf Untuk Ibu Bapa Yang Suka Sama-Sama…”
Caprice seronok dapat kongsi pengalaman jaga bayi.
Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!
Pelakon Puteri Sarah kesal dengan penyebaran berita palsu kononnya hubungan dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof akan kembali bertaut.
Sarah Yasmine Tegur Netizen Gaduh Di Ruangan Komen - “Nak Benci Saya, Benci, Nak Main-Main Dengan Agama Aku Block”
Jangan gaduh gaduh di ruangan komen ya.
Sarah Yasmine Sindir Ruhainies? - “Tiba-Tiba Ada Interview…”
Selepas pengakuan yang dibuat sebagai kekasih penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
“Ada 2 hingga 3 Juta Yang Tengok IG Saya Setiap Hari…” - Ruhainies Nafi Diri Sendiri Berbalas Soalan Di Instastory
Ruhainies anggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku.