Pelakon Korea Kim Min Joon, 44, dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada penyanyi K-Pop terkenal G-Dragon, Kwon Dami, 36.

Berita itu disahkan oleh syarikat pengurusan Min Joon, Family Entertainment hari ini.

“Khabar angin mengenai perkahwinan Min Joon dan Dami pada Oktober depan adalah benar. Perkahwinan tersebut akan diadakan secara tertutup di Seoul pada 11 Oktober.

“Memandangkan majlis itu dijalankan secara tertutup maka kami akan berkongsi butiran lanjut sebaik sahaja mereka selesai menguruskan hal perkahwinan mereka. Terima kasih,” ulas wakil syarikat berkenaan.

Perkahwinan pasangan ini juga hanya akan dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat sahaja.

Terdahulu, Dami juga merupakan pemilik kepada sebuah jenama fesyen terkenal di Korea.