Pengacara Motif Viral, Hazeman Huzir mencuri tumpuan netizen apabila mengeluarkan kata-kata berbaur marah kepada pelakon Ben Amir.

Menerusi laman sosial Twitter, Hazeman atau lebih dikenali sebagai Haze membalas satu tweet yang ditulis oleh Ben Amir.

“Tak puas hati cakap. Tak payahlah ngumpat belakang,” balas Haze mengulang kicau tweet yang ditulis Ben.

Balasan berunsur marah itu mengundang persoalan warga Twitter apabila ramai yang mencari punca persengketaan dua selebriti itu.

Difahamkan, rupanya Haze hanya sekadar bergurau dengan Ben apabila pelakon itu memberikan nasihat tentang jerebu yang sedang melanda.

“Haze is getting worse day by day. Stay indoors and drink a lot of WATER,” tulis Ben yang menarik perhatian Haze.

Rata-rata netizen terhibur dengan jenaka yang ditulis oleh Haze dan memberikan respon terhadap entri terbabit.

“Haze = jerebu. Haze lain yang kena tempias,” komen seorang netizen.

“Alaaahh... Aku dah elok mamai nak lena. Boleh pulak baca tweet lawak malam-malam buta ni. Terus cerah mata,” ujar seorang netizen.

“Baru ingat Haze gaduh ke dengan Ben. Sekali hahahahahahaha lambat betul faham hahahahahahhahaha,” kata seorang netizen yang terhibur.

“Mati mati aku ingat kan diorang gaduh rupa-rupanya jerebu,” balas seorang netizen lagi.

Tweet jenaka Haze itu sehingga kini telah menerima hampir 33,000 ulang kicau dan lebih 25,000 likes daripada warga Twitter.

Berkongsi perkembangan terkini, Haze bakal mengerjakan ibadah Umrah pada 11 hingga 21 September ini.

Dia turut memohon agar netizen mendoakan kesejahteraan dan ketenangannya sepanjang berada di Tanah Suci.