Kecomelan anak kembar pelakon Eina Azman mendapat pujian netizen apabila mereka dilihat begitu comel ketika bergambar.

Anak kembarnya iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey sering menunjukan pelbagai reaksi dan gelagat yang comel ketika bergambar.

Gambar mereka berdua seringkali dikongsi menerusi muatnaik gambar di akaun instagram @eina_azman dan mendapat pujian daripada peminat.

Meskipun baru berusia empat bulan namun mereka dilihat sudah mula pandai membebel dan keletah diantara satu sama lain.

Dalam pada itu, rata-rata peminatnya telah memuji kecomelan anaknya itu dan mereka mengharapkan agar akan juga dikurniakan anak kembar seperti Eina.

Terdahulu, Eina berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 37 pada 31 Ogos 2014.

Jom lihat gambar Karl Kareef dan Arianna Aubrey: