Pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah telah memilih nama Adeena untuk cahaya mata kelimanya.

Nama itu didedahkan sendiri oleh Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam dengan foto beserta kapsyen yang berbunyi:

"3.89 kg, kecik-kecik filter jugak. Ok jom jadi Lara dan Echah. Kita.. tapi takpe.. Cicit #makesah yang latest Adeena.. Happy bornday #mamaterer." tulisnya.

Foto tersebut tersebut telah menerima hampir 15,000 likes dan lebih 400 komen.

Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan Adeena.

Pengikut IG juga meminta supaya Shiera memuatnaik lebih banyak lagi foto-foto Adeena kerana tidak puas melihat bayi perempuan itu.

Sementara itu, kakak kepada Shiera, Sharifah Haslinda juga tidak ketinggalan mengusik adiknya dengan menulis kapsyen lucu di IGnya:

"Cute baby girl! Adeena dah selamat dilahirkan oleh mamanya yang pot pet pot pet walaupun di dalam labour room.... Congrats #Alhamdulillah," tulisnya.

Terdahu, Adeena yang merupakan anak keempat hasil perkongsian hidup bersama Ijoy.

Selain Adeena, tiga lagi cahaya mereka ialah Airell, 12, Airra, 9, dan Audrra, 7.

Shiera sebelum ini turut mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt.

Teks oleh: Mya Amri