Konsert keempat program realiti Big Stage 2019 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.

Sebanyak 10 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan Thailand berentap di pentas Big Stage 2019.

Fieya Julia telah diumumkan tersingkir untuk minggu keempat.

Walau bagaimanapun, juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil keputusan menggunakan imunitinya justeru Fieya terselamat pada minggu ini.

10 peserta melangkah ke minggu kelima dan bakal mempersembahkan lagu mengikut tema Cannot Brain.

Jaclyn Victor diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan sistem pemarkahan beserta komen-komen yang telah diberikan:



Adzrin & Marsha Milan - Jealous 81.00%
"Untuk lagu ini mesej yang disampaikan harus dihayati dan sampai kepada penonton. Suara awak sesuai sangat dengan lagu ini. Namun, awak kelihatan agak kekok tetapi selepas itu nyanyian awak baik,"- Judika.

Han-Byul & Sarah Suhairi - Just Give Me A Reason 79.67%
"Awak sudah lakukan yang terbaik. Saya suka sangat dengan nyanyian awak yang penuh bersemangat walaupun di bahagian nada tinggi ada sedikit tersasar," - Judika.



Santesh & Baby Shima - Roadblock Hatiku 79.50%
"Awak memang berani buat perkara yang akan viralkan diri awak. Saya suka dengan persembahan awak dengan gabungan yang baik," - Jaclyn Victor.

Kucaimars & Shiha Zikir - Janam Janam 79.50%
"Sebagai peserta terakhir, awak sudah menyanyikan dengan baik. Persembahan awak lebih bagus berbanding minggu lalu," - Judika.



Syada Amzah & Haqiem Rusli - Dengarkanlah 79.33%
"Dari segi persembahan, awak nampak selesa serta tidak gementar. Susunan muzik sangat bagus di samping nyanyian di bahagian nada tinggi telah disampaikan dengan baik," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dinda Permata & Ayie Floor 88 - Kamu Yang Ku Tunggu 78.67%
"Permulaan persembahan sangat sedap gabungan suara awak berdua. Bila awak menyanyi, saya dapat merasai kejujuran yang disampaikan," - Jaclyn Victor.

Neeta Manisha & Azmi Saat - Tentang Dia 78.00%
"Saya ingin puji dari segi pemilihan pasangan duet. Pada permulaan nyanyian awak sedikit sumbang. Lagu ini bukan mudah untuk dinyanyikan namun awak berjaya menyanyikan dengan cara awak tersendiri. Penghayatan ada, kerjasama yang baik dengan pasangan duet awak," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Fieya Julia & Sufian Suhaimi - Haram 72.33%
"Biasanya kalau menyanyi dengan pasangan duet mesti akan beria dan akan hidupkan keserasian. Saya nampak awak malu dengan pasangan awak walau bagaimanapun yang lain saya puji," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.



Irfan Haris & Usop - Lagu Cinta Lagu Jiwa 70.33%
"Saya lihat banyak kemajuan pada vokal dan awak telah berjaya menyampaikan mesej dengan baik. Perkembangan awak luar biasa untuk minggu ini," - Judika.

Chaleeda Gilbert & Luqman Faiz - Rewrite The Stars 67.33%
"Awak ada bakat. Saya tidak ada komen negatif selain persembahan yang baik dengan pasangan duet awak," - Jaclyn Victor.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.



Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!