Pelakon Aeril Zafrel sanggup menari dan menyanyikan lagu Hindustan semata-mata untuk memujuk isterinya, Wawa Zainal yang sedang merajuk.

Menerusi satu video pendek yang dikongsi oleh Aeril Zafrel di akaun Instagram (IG)nya jelas menunjukkan gelagat lucu Aeril yang sedang berusaha memikat kembali hati isterinya.

Dengan berlatar belakangkan lagu Hindustan berjudul Ruk Ja o Dil Diwane yang merupakan runut bunyi filem Dilwale Dulhania Le Jayenge, Aeril kemudiannya menari dan menyanyi sebelum membuat cubaan memujuk isterinya.

Sementara itu, Wawa yang sedang leka bermain dengan telefon bimbitnya dengan wajah yang muram tidak mempedulikan tindakan suaminya itu.

Bagaimanapun, Aeril tetap tidak berputus asa dan mengusik isterinya yang sedang duduk di bangku sehingga terjatuh.

Geram dengan tindakan Aeril, Wawa kemudiannya bangun dan mengejar suaminya sebelum tersipu malu apabila menyedari aksinya itu telah pun dirakamkan.

Dalam pada itu, pengikut IG kedua pasangan selebriti itu menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Aeril sangat romantik.

Lebih-lebih lagi apabila situasi ‘pujuk-memujuk’ itu berlaku ketika mereka sedang menikmati percutian musim luruh di Korea.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan gelagat sweet itu seumpama melihat babak-babak romantik dalam drama Korea.

Di sini Astro Gempak kongsikan video sweet yang diambil menerusi IG Aeril Zafrel.

Teks oleh: Mya Amri

Membuatmu tersenyum adalah tanggungjawabku #hindi #srk #bollywood #song #dubsmash

A video posted by TURN ON MY POST NOTIFICATION☝️ (@aeril_zafrel) on