Gelagat anak Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Muhammad Eric Zacquan atau dikenali sebagai Kacak menitipkan doa sempena peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), mencuri tumpuan netizen.

Menerusi satu video berdurasi 1:29 minit yang dimuat naik di Instagram DSV, Kacak mendoakan supaya tiada individu mengambil kesempatan atas kekayaan ibunya.

"Doakan saya ambil peperiksan UPSR, nanti Kacak dan Cik B jaga mama (DSV). Nanti orang ambil kesempatan dekat harta mama," katanya.

Sementara itu menerusi kapsyen pada posting berkenaan, DSV tidak menyangka apa yang diungkapkan oleh anaknya itu.

"Terkesima, terkedu dan tak sangka apa yang ada dalam fikiran kepala Kacak. Mungkin Kacak tahu apa yang saya lalui, tetapi nak buat macam mana.

"Kacak nak jaga saya, seorang anak yang hebat. Doakan Kacak berjaya dalam peperiksaan UPSR," katanya.

TERKESIMA..TERKEDU.. TAK SANGKA..APA YG DALAM KEPALA KACAK..Terungkap dalam MUNGKIN KACAK TAHU APA YG MAMA LALUI..Tapi tak tahu nak buat gano.. KACAK NAK BELA MAMA.. . KACAK ANAK YG HEBAT.. CIK B walau selalu gaduh dgn Kacak.. tapi support Kacak.. .

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on


Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengikut DSV menganggap Kacak seorang anak yang pintar matang.

Kebanyakkan mereka berpendapat Kacak telah sedar tanggungjawabnya sebagai anak lelaki.

Anda boleh lihat sebahagian komen netizen di bawah.