Pelakon genit Intan Najuwa tampil membidas kecaman netizen apabila fotonya didukung aktor kacak Idris Khan tular di media sosial hari ini.

Kata Intan, tunangnya mengenali dan percaya bahawa dia tidak akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

"Macam ni lah, jaga saja tunang masing-masing. Jaga bini masing-masing suami masing-masing.

"Tunang saya je yang kenal saya macam mana, dia tahu saya tak buat benda-benda bodoh belakang dia. Perbetulkan diri sendiri dulu.

"Kalau rasa benda ni tak elok, kena ambil tahu? Kalau tak suka siapa saya atau apa yang saya lakukan, tak mengapa.

"Saya bukan hidup untuk kamu, hidup saya untuk diri saya sendiri.

"Anda ingat saya tak ada duit macam kamu ke sampai shopping nak kena pakai duit tunang?," balas Intan.



Terdahulu, fotonya yang didukung Idris untuk mempromosi sebuah drama di stesen televisyen tempatan mula mendapat perhatian apabila disifatkan terlalu mesra.

Foto tersebut mengundang sindiran netizen seandainya aksi mesra itu menyebabkan tali pertunangannya tegang.

Intan dan teman lelakinya Razrul Anwar Rusli sah bertunang pada 18 Ogos lalu.