Penyanyi Soo Wincci telah memuat naik foto keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) miliknya di laman sosial Instagram (IG) pada Ahad lepas.

Foto tersebut dimuat naik Soo Wincci bertujuan untuk memberi inspirasi dan semangat kepada calon peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ynag bermula semalam (Isnin).

Menerusi entri tersebut, Soo Wincci telah menulis: Ini khas untuk semua pelajar SPM & STPM, buat pertama kali saya share sesuatu yang amat peribadi, jadi tolong buat lebih baik daripada saya, tumpukan perhatian, jangan Takut atau berputus asa, hanya perlu berusaha & menikmati proses.
(This is specially dedicated To All SPM & STPM students , it's my first time sharing something so Private, So Please Excel Me & Do Better Than Me , I Will Pray Hard For U all , So just concentrate & don't give up even till the last min & enjoy the process)

Sementara itu pengikut Soo Wincci di IG rata-rata memuji dan menjadikan penyanyi dan pelakon tersebut sebagai idola dan inspirasi mereka.

Tahun ini, seramai 434,535 calon berdaftar dijadualkan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berlangsung bermula Isnin sehingga 6 Disember depan.

Soo Wincci baru-baru ini telah menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Soo Wincci turut sudah mula menggunakan gelaran Doktor (Dr) selepas majlis graduasinya tamat.

Pada majlis tersebut, Soo Wincci turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Teks Oleh: Hafiza Kamarudin