Penyanyi Aziz Harun tidak menggunakan alasan menyambung pengajian ke United Kingdom (UK) untuk menyelamatkan diri daripada pertandingan Big Stage 2019 selepas prestasinya merosot sejak dua minggu lalu.

Menurut Aziz yang berasal dari Brunei, dia tidak menafikan dirinya mengalami sedikit tekanan apabila tidak mendapat markah yang memuaskan dari juri namun perkara itu tidak menyebabkan dia mahu berputus asa.

“Terus-terang, ketika membuat keputusan untuk menyertai Big Stage 2019, saya memang tekad mahu buat yang terbaik kerana ia peluang yang berharga.

“Tapi bila tawaran sambung belajar itu datang ketika saya sedang menyertai program ini, fikiran saya terus bercerlaru memikirkannya.

“Akhirnya, saya memilih untuk menyambung pengajian kerana sudah lama saya tunggu peluang keemasan ini. Malah ia harapan keluarga saya untuk melihat saya mempunyai ijazah.

“Jadi, bukan saya sengaja guna asalan sambung belajar kerana persembahan dan prestasi saya merosot setiap minggu.

"Bagi saya, selagi peminat saya terus menyokong dan mengundi, saya tetap akan teruskan untuk bertanding

“Mendapat respon yang kurang baik dari juri dan mempunyai markah merosot memang mengacau mental dan memberikan tekanan tapi tidaklah membuatkan saya mahu berputus asa,” katanya kepada Gempak.

Aziz membuat kejutan menarik diri selepas selesai membuat persembahan di Konsert Big Stage 2019 malam tadi.

Pelantun lagu Jauh itu dijangka berangkat ke UK dan menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi Perniagaan di University of East Anglia, Norwich pada 15 September ini.

Bagaimana pun, Aziz tetap berasa rugi kerana tidak dapat meneruskan penglibatannya dalan Big Stage 2019 sehingga akhir.

“Sudah tentu saya rasa rugi kerana saya belum sempat menonjolkan kebolehan saya dan terpaksa menghampakan peminat saya yang mengundi saya selama ini.

“Saya harap peminat terus mendoakan yang terbaik buat saya,” katanya lagi.

Pada minggu ini, komposer Ajai diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh VIVO dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.



Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!