Pasangan bintang Akademi Fantasia, Akim dan Stacy telah selamat melangsungkan pertunangan mereka pada petang Sabtu lalu.

Majlis tersebut telah diadakan secara tertutup di ibu kota dan hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai terdekat pihak Stacy dan Akim.

Bagaimanapun, menerusi laman sosial Instagram Stacy, Akim dan Hlive, kami Berjaya mendapatkan beberapa foto menarik ketika berlangsungnya majlis pertunangan mereka itu.

Menerusi kapsyen Instagram miliknya, Akim secara berseloroh berkata:

Orang tanya, "tak terlalu awal ke Stacy nak tunang dengan akim? Dia baru masuk Islam.". Jawapan hamba, "saya "cop" dulu, rezeki saya, Stacy terima. Bukan apa, takut tunggu lama-lama ada pulak yang nak cop. Hahaha" .

Apa pun saya dan bakal pasangan mintak maaf, jika majlis semalam yang sederhana ada serba kekurangan semalam. As salam mualaikum.

Stacy dan Akim telah pun menjalin hubungan cinta sejak 6 tahun lalu.

Berikut adalah sebahagian dari foto-foto majlis pertunangan mereka.