Foto terbaru pasangan romantik pelawak Fad Bocey dan isterinya Nur Syahirah A. Rahman yang dimuatnaik di akaun Instagram mereka beberapa hari lalu telah mengejutkan peminat.

Dek kerana pasangan ini jarang ‘menonjolkan’ diri di laman sosial, foto terbaru itu telah membuatkan peminat terkedu kerana saiz baby bump isterinya itu kelihatan terlalu besar untuk mereka yang hamil lima bulan.

Nur Syahirah atau lebih mesra dengan panggilan Syeera itu nampaknya begitu mesra melayan soalan-soalan yang ditanya kepadanya menerusi ruangan komen di Instagram miliknya.

Menurut Syeera, dia kini sedang hamil lima bulan dan tarikh jangkaan bersalin adalah pada Januari 2016.


*Syeera tak sabar menanti detik kelahiran anak sulungnya tidak lama lagi.*

Selain itu Syeera juga menyatakan rasa gembira dan tidak sabar untuk bertemu dengan anak kembarnya tidak lama lagi.

Dalam pada itu, tidak ketinggalan juga ramai pengikut Instagramnya mendoakan supaya Fad, Syeera dan bayi di dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Terdahulu, Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam dan Syahirah telah bernikah pada 14 Mac lalu.