Anak perempuan mendiang Paul Walker iaitu Meadow Walker telah menyaman syarikat pengeluar kereta, Porshce kerana dikatakan menjadi punca kematian bapanya itu pada November 2013.

Menerusi laporan ekslusif dari laman TMZ.com, Meadow yang kini berusia 16 tahun menerusi peguamnya telah menyaman jenama kereta mewah dari Jerman itu dengan alasan kelajuan dan kelalaian bukan penyebab kematian bapanya.

Sebaliknya aktor filem Fast & Furious itu dilaporkan menemui ajal kerana kegagalannya membuka tali pinggang keselamatan yang menyebabkannya dia terbakar hidup-hidup dalam insiden itu.

Impak sewaktu pelanggaran telah menyebabkan badan Paul terperangkap dalam kereta tersebut dan kegagalan tali pinggang berfungsi menyebabkan dia tidak sempat keluar menyelamatkan diri dari terbakar.

Tuntutan mahkamah yang diperolehi TMZ turut memberitahu, ketika kejadian kereta Porsche Carrera GT yang dipandu rakan Paul iaitu Roger Rodas hanya dipandu dengan kelajuan antara 100 hingga 114km/h.

Ianya berlainan seperti laporan sebelum ini yang memberitahu kereta itu dipandu laju antara 128 hinga 150km/h.

Peguam Meadow berkata sekiranya kereta tersebut mempunyai kawalan dan sistem stabilizer yang kukuh, kemalangan tidak mungkin berlaku dan kereta tersebut tidak akan terbabas.

Hujah peguam Meadow itu turut mengkritik kereta Carrera GT yang didakwanya mempunyai sejarah sistem stability dan kawalan yang teruk.

Laman TMZ turut diberitahu oleh peguam Meadow yang kereta Carrera GT tidak selamat untuk terus berada di jalanan, dan kalau bukan kerana kereta tersebut, kita tidak akan kehilangan aktor hebat sepert Paul Walker.

Jumlah saman dari pihak Meadow Walker bagaimanapun tidak didedahkan.

Sumber: TMZ.com

Olahan: Helmi Zainalabidin