Penyanyi berbakat, Baby Shima meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri yang mengkritiknya baru-baru ini.
Pada mulanya, Shima memberi komen terhadap nyanyian Aliff dalam single terbarunya yang berjudul Cowok Baru.



Kemudian, usahawan itu tampil menyelar tindakan Shima itu.

Terbaru, Shima tampil dalam sebuah video yang mencabar Aliff jika mahu mengenakan tindakan saman terhadapnya.

Video itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Ada orang nak main saman, jumpa di pengadilan, dia yang start up video hina kita, kutuk kita, dia yang koyak?" tulis Shima sebagai kapsyen.

Dalam video itu, Shima mengatakan dia tidak gentar jika Aliff mahu menyamannya kerana dia yakin tidak bersalah.

"Datuk nak saman? Silakan saman, saya tak takut sebab saya tak bersalah pun.

"Saya tak faham dengan Datuk, pada mulanya Datuk yang meminta pendapat orang terhadap nyanyian Datuk, saya pun beri pendapat saya, tiba-tiba Datuk marah pula,"
katanya dalam video terbabit.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza, ada yang menyokong Shima, ada juga yang menganggap perkara itu adalah strategi pemasaran lagu terbaru usahawan tersebut.

"Go Shima, I support you, tak semestinya kaya senang senang nak saman orang tanpa alasan yang kukuh.

"Ini marketing, nak naikkan rating lagu, Baby Shima ni tak selancang yang disangka.

"Cara macam ini saya sokong, perli-perli taknak, macam ni Shima cakap jelas dan tenang,"
tulis netizen.

Single Cowok Baru merupakan hasil kolaborasi Aliff bersama penyanyi Indonesia Lucinta Luna dan Upiak.

Difahamkan, single tersebut dihasilkan untuk mengembangkan pengaruh dan empayarnya di Indonesia.