Pelakon Fadzil Zahari mendedahkan dia telah menerima panggilan dari sindiket penipuan atau scammer yang medakwa mewakili mahkamah tertentu.

Fadzil yang juga suami kepada Yana Samsudin itu berkata, dia menerima panggilan itu pada Sabtu lalu yang meminta dirinya untuk memberikan nombor kad pengenalan serta akaun bank.

Fadzil mendedahkan nombor yang telah cuba membuat penipuan tersebut dan meminta orang ramai supaya berhati-hati.

“Takkan rajin sangat Mahkamah kerja hari Sabtu, come on Scammers improve la.

“Scammer ni call abang hari Sabtu lepas... Hati-hati dengan no fon 0192604819 ni, call cakap ada kes mahkamah...

“Bagi yang jenis menggelabah biawak, mesti akan terus bagi no IC sebenar, orang minta akaun bank pun mesti terus bagi, sabaq... relaks dulu, cuba tangguhkan perbualan atau tindakan seterusnya yang hangpa nak buat,” tulisnya.

Adik kepada pelakon Farid Kamil itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memuat naik rakaman video ketika panggilan itu dibuat.

Pihak sindiket itu bagaimanapun meletakan telefon selepas menyedari Fadzil memberikan nombor kad pengenalan palsu.

Fadzil turut memberitahu dia sudah lima kali menerima panggilan penipuan seperti itu termasuk yang mendakwa diri mereka polis.

Justeru, Fadzil telah berkongsi beberapa tips untuk mengelak ditipu serta terpedaya dengan scammer atau sindiket seperti itu.

“Abang relaks ja sebab ni call yang dah ke-5, dulu ada depa call juga cakap ada kes langgar lari, abang sewa kereta kat Johor Honda Civic plat apa jadah tak tau, dah langgar seseorang, pastu dia sambungkan ke balai Polis mana ntah.

“Lepas tu bila dia cakap minta bank in certain amount duit untuk settlekan kes ni, abang cakap "hang mai tangkap aku kat rumahlah aku tunggu" terus dia letak telefon.

“Tipsnya, apa yang jadi pun elakkan menggelabah biawak, tak gelabah insya-Allah selamat,” katanya lagi.

Selain berlakon, Fadzil juga merupakan penulis skrip beberapa filem seperti Bini-Biniku Gangster, Pe3, Taikun dan banyak lagi.

Scammer ni call abang hari Sabtu lepas... Hati hati dengan no fon 0192604819 ni, call cakap ada kes mahkamah... Bagi yang jenis menggelabah biawak, mesti akan terus bagi no IC sebenar, orang minta akaun bank pun mesti terus bagi, sabaq... relaks dulu, cuba tangguhkan perbualan atau tindakan seterusnya yang hangpa nak buat. Abang relaks ja sebab ni call yg dah ke 5, dulu ada depa call juga cakap ada kes langgar lari, abang sewa kereta kat Johor Honda Civic plat apa jadah tak tau, dah langgar seseorang, pastu dia sambungkan ke balai Polis mana ntah. Pastu bila dia cakap minta bank in certain amount duit utk settlekan kes ni, abang cakap "hang mai tangkap aku kat rumah la aku tunggu" terus dia letak telefon. ? tipsnya, apa yang jadi pun elakkan menggelabah biawak, tak gelabah insyaAllah selamat.

A post shared by Fadzil Zahari (@fadzilzahari) on