Penyanyi Sheryl Shazwani akui amat bersedih dengan penyingkirannya dalam program Big Stage 2019 di minggu kedua malam tadi.

Menurut Sheryl, bukan mudah untuk menerima kenyataan itu kerana ia terlalu awal untuknya menamatkan perjuangan di program realiti tersebut.

“Saya betul-betul sedih dan sebak kerana bagi saya, minggu ini saya sudah cukup beri yang terbaik untuk persembahan saya.

“Saya menyanyikan lagu genre baru, bukan mudah untuk saya keluar dari kotak selesa saya sebelum ini. Malah. lagu ini memerlukan saya untuk menojolkan attitude yang berbeza.

“Saya sedih kerana usaha saya kali ini tidak sampai ke tahap kepuasan juri,” katanya kepada Astro Gempak.

Pun begitu, Sheryl akui redha dan berharap peluangnya lebih cerah selepas keluar dari Big Stage 2019.

“Tak mengapalah, saya anggap ia bukan rezeki saya. Saya harap selepas ini peluang saya dalam industri lebih cerah di luar.

“Insya-Allah saya akan muncul dengan single terbaharu dengan lagu ciptaan komposer Ippo Hafiz tidak lama lagi,” jelasnya lagi.

Sheryl peserta pertama yang tersingkir di Big Stage 2019 dari 12 penyanyi yang menyertai program tersebut.

11 peserta lain yang masih kekal dan berentap ke konsert minggu hadapan adalah Han Byul, Santesh, Dinda Permata, Chaleda, Shada Amzah, Kucaimars, Adzrin, Fieya Julia dan Irfan Haris.

Pada minggu ini, Datuk Syafinaz Selamat diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh VIVO dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.




Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!