Kumpulan JBORN yang dianggotai oleh pelakon Khir Rahman, Joey dan Vicha bersyukur kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir Muzikal Lawak Superstar.

Tuah juga berpihak kepada JBORN apabila kedua-dua persembahan kumpulan tersebut mendapat lima bintang daripada juri.

Menariknya, persembahan pertama JBORN yang menyaksikan Vicha membawa watak sebagai kanak-kanak dengan nama Megat Tron berjaya mencuri perhatian juri tetap, Datuk Awie.

“Alhamdulillah, kami pun tak sangka dapat ke peringkat akhir. Inilah yang dikatakan rezeki.

“Kami dah buat yang terbaik dan rasanya ‘hero’ pada persembahan malam ini diberikan kepada Vicha.

“Kami pun tak sangka sebenarnya yang Datuk Awie ketawa dan seronok menonton persembahan kami, terima kasih kepada juri dan juga peminat yang mengundi,” kata Khir Rahman ketika ditemui Gempak.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi dua kumpulan iaitu VOICES dan TITANS apabila nama mereka diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Kesemua bintang diadili 50% daripada juri tetap, Altimet, Nora Danish dan Datuk Awie manakala 50% lagi adalah undian.

Di sini Gempak senaraikan markah penuh yanh diperolehi oleh sembilan bintang mengikut susunan paling tinggi.

1. JBORN 60.36%
2. BOTAK 51.11%
3. UNI 48.81%
4. NEWBOH 44.25%
5. VOICES 43.41%
6. TITANS: 32.05%

MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2.Taip MLSNAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20)NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com