Penceramah dan pendakwah Ustaz Ebit Lew pada Ahad telah memuat naik sepotong videonya bersama pelakon Adam Corrie Lee yang mengundang sebak dikalangan warga net.

Sejak semalam, video yang dimuat naik ustaz Ebit telah ditonton hampir 500 ribu kali dengan ratusan komen daripada warga Instagram (IG).

Menerusi ruangan kapsyen, ustaz Ebit memuji pelakon Adam Corrie yang sentiasa bersikap merendah diri dan sangat menghargai bidadarinya (isteri).

“Adam Corrie contoh pasangan yang sangat menghargai bidadarinya. Mencintai bidadarinya kerana Allah,” katanya.

Ustaz Ebit berkata, sejak dulu beliau hormat dan saya pada sahabatnya itu dan bersyukur kerana mereka dapat mengenal Allah SWT.

Beliau turut mengimbas detik ketika sama-sama mengenal hidayah Allah SWT, disamping mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dirinya.

“Dari dulu saya hormat dan sayang @adamcorrielee. Beliau orang baik. Rendah diri dan selalu dulu-dulu forum kami sama-sama menangis.

“Mengenang nikmat hidayah dan betapa syukurnya dapat nikmat Islam. Syukur dapat kenal Allah. Terima kasih doa khususnya orang Islam di Malaysia,” katanya.

Rata-rata pengikut IG yang menonton video tersebut sebak melihat Adam Corrie menitiskan air mata dan seterusnya berpelukan dengan ustaz Ebit.

Menurut ustaz Ebit, Adam Corrie sebak apabila berkongsi kisahnya untuk mendapatkan anak dan mula menangis apabila diminta memberikan kata-kata terakhir buat anaknya, Adam Fateh.

“Sebak setelah berkat kesabaran dan doa Allah kurniakan Adam Corrie anak selepas 10 tahun. Adam Fateh anak soleh dan hensem comel.

“Dengar kisah doanya dan betapa beliau menghargai bidadari. Bila saya minta kata-kata terakhir buat anaknya, Adam Corrie menangis pesan supaya jaga solat sungguh-sungguh dan menyayangi manusia selalu bersangka baik.

“Sahabatku, nanti jika di akhirat tak nampak saya tolonglah cari saya dan bawa sama-sama masuk syurga yer!,” tulisnya.

Dari dulu saya hormat dan sayang @adamcorrielee . Beliau orang baik. Rendah diri dan selalu dulu-dulu forum kami sama-sama menangis. Mengenang nikmat hidayah dan betapa syukurnya dapat nikmat Islam. Syukur dapat kenal Allah. Terima kaseh doa khususnya orang Islam di Malaysia . Sebak setelah berkat kesabaran dan doa Allah kurniakan Adam Corrie anak selepas 10 tahun. Adam Fateh anak soleh dan hensem comel. Dengar kisah doanya dan betapa beliau menghargai bidadari. Bila saya minta kata-kata terakhir buat anaknya Adam Corrie menangis pesan supaya jaga solat sungguh-sungguh dan menyayangi manusia selalu bersangka baik . Adam Corrie contoh pasangan yang sangat menghargai bidadarinya. Mencintai bidadarinya kerana Allah. Sahabatku, nanti jika diakhirat tak nampak saya tolonglah cari saya dan bawa sama-sama masuk syurga yer-ebitlew #subsribeyoutubeebitlew #abitwithebit #tvalhijrah #jemputDaftarKeluargaSunnah #tourkeluargasunnahsept2019 daftardiwww.keluargasunnah.com

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on