Pelakon drama popular Korea Boys Over Flower, Ku Hye Sun mendedahkan suaminya, aktor Ahn Jae Hyun meminta untuk bercerai.

Hye Sun memaklumkan berita itu menerusi satu posting diakaun Instagramnya baru-baru ini.

“Suami saya telah mengubah fikiran tentang perkahwinan kami kerana dia sudah bosan dan mahukan penceraian. Namun saya masih mahu pertahankan perkahwinan ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hye Sun juga turut memuat naik paparan skrin perbualannya dengan Ahn Jae Hyun.

Menerusi perbualan itu jelas menunjukkan kedua-dua mereka bertengkar mengenai hal penceraian.

“Ibu saya benar-benar terkejut dengan berita ini dan keadaan kesihatannya juga merosot. Jadi saya terpaksa mendedahkan perbualan ini, maafkan saya,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan ini bercinta selepas menjayakan drama Blood pada tahun 2015.

Mereka kemudiannya mendedahkan hubungan cinta mereka pada April 2016 dan berkahwin sebulan kemudian.

Sumber: Koreaboo