Kempen Kecapi Impianku bersama Sunsilk teleh pun bermula pada Ogos lalu dan ia merupakan platform kepada wanita berhijab mencapai impian untuk menjadi seorang pengarah, penyanyi mahupun wartawan penyiaran.


Dengan bantuan tiga ikon kempen tersebut iaitu Najwa Latif (penyanyi), Melissa Saila (pengarah/pelakon) dan Khairunnisa Kasnoon (wartawan penyiaran), kempen ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada Hijabista supaya lebih berani kehadapan untuk merealisasikan cita-cita yang diimpikan.

Sebagai contoh, bagi peserta yang ingin menjadi seorang pengarah atau pelakon seperti Melissa Saila, mereka perlu membentangkan idea-idea menarik di hadapan karyawan seni filem tersebut atau pun melakonkan watak-watak yang mencabar.

Bagi peserta yang meminati muzik dan mengimpikan untuk menjadi seorang penyanyi mahu pun komposer serta penulis lirik yang karyanya dinyanyikan oleh artis terkenal, mereka perlu menjalani sesi ujibakat bersama Najwa Latif.

Antara cabaran yang perlu dihadapi saat ‘bertentang mata’ dengan Najwa Latif ialah peserta perlu menyampai lagu yang ingin dinyanyikan dengan gaya tersendiri tanpa meniru artis asal.

Manakala yang ingin menjadi wartawan penyiaran pula, peserta dikehendaki membaca berita atau menjadi pengacara program TV di hadapan Khairunnisa Kasnoon.

Apa yang pasti, rata-rata peserta yang menghadiri ujibakat tersebut memiliki bakat serta daya keberanian yang cukup tinggi hingga turut membuatkan ketiga-tiga ikon Sunsilk itu berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka.

Tak percaya?

Apa kata jom lihat video disebalik tabir ujibakat Kecapi Impianku BersamaSunsilk di bawah dan jangan lupa layari http://astrogempak.com.my/impiankubersamasunsilk.aspx untuk berita lanjut: