Program realiti nyanyian pertama Malaysia yang menampilkan penyanyi malar segar, Gegar Vaganza bakal kembali ke Astro tidak lama lagi.

Lebih menarik lagi, Gegar Vaganza musim kedua ini akan disiarkan secara langsung dalam 8 konsert mingguan bermula Ahad 18 Oktober 2015, di saluran Astro Ria, Astro Prima dan Maya HD.

Selain itu konsep terbaru juga akan diketengahkan pada musim kali ini termasuk peningkatan cerita peribadi artis yang menarik dan cabaran menerusi lagu yang bakal dipersembahkan.

Jika Ayai Illusi bergelar Juara Gegar Vaganza musim pertama, siapa pula penyanyi malar segar yang bakal beraksi untuk merebut gelaran juara dan memenangi hadiah bernilai RM100’000 kali ini?

Apa pula kejutan-kejutan yang bakal berlaku? Adakah Gegar Vaganza masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai pengacara?

Mungkinkah Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim masih kekal di kerusi juri Seperti musim sebelum ini?

Nantikan Gegar Vaganza 2 dan perkembangannya akan dikongsi Astro Gempak dari semasa ke semasa. Tunggu!


Teks Oleh: Hafiza Kamarudin