Bapa kandung Justin Bieber, Jeremy menzahirkan rasa bangga selepas foto anaknya sedang berbogel sewaktu bercuti di Pulau Bora-Bora bersama kekasih barunya, Jayde Pierce menjadi viral pada Rabu minggu lalu.

Menerusi laman Twitter miliknya, Jeremy tanpa segan silu menghantar tweet berbaur lucah selepas melihat foto anaknya berbogel sewaktu menuju keluar tub air panas untuk beristirehat.

“What do you feed that thing. #prouddaddy,” tulis Jeremy menerusi akaun Twitternya.

Tindakan Jeremy memuat naik Tweet tersebut bagaimanapun mendapat reaksi negatif pengguna media sosial yang menganggap ianya sebagai keterlaluan dan menjengkelkan.

Foto tersebut telah dimuat naik oleh laman New York Daily News, tetapi tidak lama kemudian wakil guaman penyanyi berusia 21 tahun itu mengarahkan supaya ianya ditarik balik.

Menurut laporan, peguam yang mewakili Justin Bieber akan mengambil tindakan lanjut dalam masa yang terdekat.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Daily Mail, USA Today