Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna kesal apabila telefon pintarnya tertinggal di dalam sebuah kereta perkhidmatan e-hailing Uber yang dinaikinya hari ini.

Menerusi laman sosial Twitter, Yuna membuat aduan kepada akaun rasmi Uber memaklumkan kehilangan telefon pintarnya.

“Hey @uber I left my phone in an Uber and went to the website followed all I needed to do but my driver is rejecting the calls... Help!” ujarnya menerusi satu tweet.Aduan penyanyi itu kemudiannya mendapat maklumbalas pantas daripada pihak Uber.

“We're here to help, @yunamusic! Send us a direct message with your phone number so we can assist,” balas pengurusan perkhidmatan terbabit.

Rata-rata peminat turut bersimpati dan mendoakan telefon Yuna segera dijumpai.

Malah, ada yang mempertahankan penyanyi yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat itu sebagai ‘queen’ dan meminta pihak Uber segera menyelesaikan perkara ini.



“Help our queen ASAP! Tak senang duduk kami dekat Malaysia ni!” gesa seorang netizen.

“Berani dia reject call. Help our Queen please!” komen seorang netizen.

“Give our Malaysian queen @yunamusic phone back, before the Royal Onion Regiment will fry this issue,” ujar seorang netizen mewakili ‘tentera bawang Malaysia’.

“@uber hang jangan macam-macam, phone queen Yuna kami tu.. Belasah kang!” kata seorang netizen lagi.

Sehingga kini, masih tiada kemas kini terbaru daripada Yuna mahupun pihak Uber sendiri tentang penemuan telefon pintar tersebut.

Terkini, Yuna baru selesai mengadakan siri jelajah album terbaharunya, Rouge dan turut memilih Festival Good Vibes di Genting Highlands, Malaysia sebagai salah satu destinasi jelajah.