Penyanyi Wany Hasrita berkongsi rasa gembira setelah selesai menunaikan ibadah haji di Makkah.

Kata Wany, perjalanan melengkapkan Rukun Islam kelimanya itu disifatkan luar biasa dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

"Alhamdulillah, selesai sudah ibadah haji saya di sini.

"Perjalanan haji saya sangat luar biasa. Dari sampai di sini dan menjaga dalam ihwam, berwukuf di Arafah, beberapa ketika hujan selebat-lebatnya.

"Terus ke Muzdalifah mengutip batu untuk jamrah. Kemudian selepas setengah malam kami ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie," katanya.

Alhamdulillah, selesai sudah ibadah Haji saya disini. Td selesai tawaf wida’, sekarang dlm perjalanan menuju ke Jeddah. . My hajj journey was so amazing. Dari sampai je disini dgn menjaga dlm ihram, berwukuf di Arafah- alhamdulillah, beberapa ketika hujan selebat-lebatnya. Terus ke Muzdalifah mengutip batu utk jamrah. Kemudian selepas setengah malam kami ke Masjidil Haram utk tawaf & saie(masa kami sampai org tk ramai sgt) first time pandang Kaabah, Tuhan je tahu rasanya(read ‘nangehmcmbudakkecik). Sepanjang tawaf mata tak berkelip pandang Kaabah tak percaya depan mata ?. Habis saie, baru lega! Dah boleh tahalul! Terus ke Mina utk bermalam selama 3 hari. Alhamdulillah urusan jamrah pun Allah permudahkan sampilah tawaf selamat tinggal td. . Doa-doa anda mana yg sempat wany dah bacakan disini, terima kasih banyak2 yg mendoakan wany. Wany doakan awak semua dpt ke sini dgn keluarga tersayang insyaAllah. ❤️ . With love; WH.

A post shared by #TERLALUMEMUJA (@wanyhasrita) on


Tambah Wany, dia mengalirkan air mata ketika kali pertama memandang Kaabah ketika di Makkah.

"First time pandang Kaabah, Tuhan je tahu rasanya. Sepanjang tawaf mata tak berkelip pandang Kaabah tak percaya depan mata.

"Habis saie, baru lega! Dah boleh tahalul! Terus ke Mina untuk bermalam selama 3 hari.
Alhamdulillah urusan jamrah pun Allah permudahkan sampilah tawaf selamat tinggal tadi," tambah Wany.

Wany dijemput sebagai tetamu Allah untuk mengerjakan haji pada 7 Ogos lalu setelah dipelawa oleh kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

BACA: "Insya-Allah Berangkat Esok" - Wany Hasrita Bakal Tunaikan Haji

Penyanyi lagu Menahan Rindu itu berangkat ke tanah suci Makkah bersama rakan penyanyi Amira Othman.