Pelakon Nina Iskandar menjelaskan tindakannya untuk tidak berkongsi foto bersama suami, penolong pengarah Azlan Adzanan bukan bermaksud mereka sudah bercerai.

Nina tampil menjelaskan perkara terbabit di Instagram Stories miliknya selepas segelintir netizen menyoalkan di mana suaminya selepas Nina berkongsi foto bersendirian.





Menurut Nina, dia enggan berkongsi gambar bersama suami yang baru dinikahi kerana ingin perkara terbabit kekal sebagai privasi serta tidak ingin timbul sebarang fitnah.

"Tuan-tuan dan puan puan. Kalau orang tak kongsi gambar dengan suami / isteri mereka tak bermaksud mereka dah bercerai.

"Kadangkala mereka hanya mencuba untuk melindungi privasi peribadi mereka.

"Daripada Ain. Daripada fitnah. Daripada mulut macam korang ni," tulisnya.

Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar berkeras akan berkongsi kepada umum mengenai perkara yang ingin dikongsikan sahaja.

"Jadi saya berkongsi apa yang saya mahu kongsi. Saya benarkan anda untuk mengetahui apa yang saya pilih sahaja.

"Kehidupan saya, privasi saya. Jadi, jangan nak skeptikal sangat pasal hidup orang ya.

"Saya dah nikah lama pun saya rahsiakan, apatah lagi isi hidup rumah tangga saya. Renung-renungkanlah," tulisnya lagi.




Nina telah selamat bergelar isteri kepada Azlan atau dikenali sebagai Lan Lebah pada April lalu.

Terdahulu, Lan pernah berkahwin dengan seorang pramugari selama sembilan tahun namun bercerai pada Februari lalu.

Sebelum ini, pada 12 Mac lalu, pelakon drama rantaian Andainya Takdir itu didakwa menjadi punca penceraian seorang penolong pengarah dan menegaskan dakwaan itu sebagai fitnah.

Nina telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuduhan tidak berasas itu.