Usahawan kosmetik, Safiey Illias pernah menggegarkan negara dengan kisah penghijrahan dirinya.

Kisah terbabit mendapat liputan yang sangat meluas serta menerima sokongan ramai pihak.

Namun begitu, hijrah Safiey tidak lama kerana dia kembali kepada penampilan asalnya.

Menerima kecaman, Safiey tidak melayan segala tohmahan dan dia juga menerbitkan sebuah single yang menjadi siulan ramai tahun lalu, Syinta Gila.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, Safiey dilihat kembali semula kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki secara perlahan-lahan.

Mula mengenakan baju lelaki, Safiey juga telah memotong rambutnya dan kini selesa dengan rambut pendek.

Sebelum ini, Safiey muncul dengan single Apa Salah Syinta yang turut menampilkan rapper baru yang sedang meningkat naik, MK dari kumpulan K-Clique.

Terbaru, Safiey muncul dengan lagu kerohanian yang berjudul Hijrah Syinta.

Single terbabit dicipta oleh Hafiz Hamidun dan telah dimuat naik pada 10 Ogos lalu.

Di laman YouTube Safiey, TV Syinta Gila, lagu itu mendapat respon positif peminat.


Rata-rata peminat mendoakan agar hijrah Safiey kali ini berterusan dan netizen juga mendoakan Safiey istiqamah.





Setakat ini, lagu terbabit mendapat lebih 140,000 tontonan dan meraih 11,000 likes.