"Saya amat malu kerana seringkali buat pemeriksaan tandas di Malaysia biasanya tidak bersih dan busuk," demikian luahan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap keadaan tandas di Malaysia.

Menerusi pemeriksaan mengejut di tandas awam yang dilakukannya sendiri, masih wujud sesetengah individu tidak menitik beratkan isu kebersihan tandas.

“Kita selalu suarakan perasaan tidak senang kalau ada tandas awam dalam keadaan tidak baik sama sekali.

"Kalau pergi negara tertentu tandas mereka amat bersih kerana penggunanya tidak mengotorkan tandas itu kerana berasa bertanggungjawab menghargai pandangan masyarakat terhadap dirinya jadi dia tidak lakukan sesuatu mengotorkan.

"Itu mencerminkan sifat ada pada kita sepatutnya kita berasa malu tapi kita berpendapat yang tidak ada orang tahu siapa disebabkan tiada tanggungjawab sivik dalam hati kita,” jelas beliau ketika melancarkan Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada Selasa.

Hadir sama dalam majlis itu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Tidak terhenti di situ sahaja, Perdana Menteri berkata masalah sampah yang dibuang merata juga amat serius dalam kalangan masyarakat.

Kecurian air, elektrik serta kemudahan awam oleh golongan berkenaan juga perlu dihentikan.

Sumber: Astro Awani, Utusan Malaysia
Foto: Kosmo!